Sunday, March 25, 2012

Resepi Apam Belang

Assalammualaikum.

Hye semua. (^__^) Entri harini sebenarnya nak cakap sal dapur.. Sebenarnya hajat di hati dah lama sebenarnya nak update pasal resepi-resepi dan masakan- masakan yg pernah dimasak. Tapi disebabkan kesibukan kerja dan banyak urusan lain yg lagi harus dibereskan, maka dilupakan dulu hajat nak menupdate blog.

Tapi disebabkan ramai dah tanya kan pasal resepi apam belang a.k.a apam paddle pop a.k.a apam rainbow a.k.a apa sajalah yg korang nak panggil hehe, so here we go, akan dbgtau resepinya kat bawah ni together ngan cara-cara nak membuatnya ya.

Ok, sebenarnya nak cerita kat korang ni, macammana cerita I started to enjoy doing this apam. Ceritanya sebenarnya bermula masa I mengidam nak makan apam.. Mula-mulanya ingat nak buat apam kembang mekar je, lepas tu siap beli bahan bagai, then tak terbuat-buat pun.. Sampailah satu ketika tu tetiba my beloved housemate Kasra Alia pun kenalkan I ngan satu blog ni, which is blog Kak Ita masam manis


Check out http://fromintankitchen.blogspot.com/!


Ya Allah suka sangat ea kalau tengok blog Kak Ita ni.. Masakan dia tuh Nampak menyelerakan sebab makanan yg dia amik gambar tuh Nampak cantik-cantik, kemas dan menarik terutamanya kek-kek dan kuih kuih dia. Disebabkan ada ternampak satu resepi apam ni yg sangat cantik ni, so I decided to try..hehe.


(Sumber gambar: Kak Ita masam manis)
Teengokk, cantik tak apam Kak Ita ni.. Cantik kan??


So kat bawah ni adalah cerita macammana my first attempt to cook this apam belang..

Nilah rupanya my first attempt of apam belang yg belum dikukus..nampak cam ok kan?? (Nampak jelahhh...haha)



Tadaaa..Nilah rupa my firt time apam belang..memang tak boleh blah ea..tak jadi apam tapi jadi kuih lapis..hahaha..keras.macam marble floor...
Nak tau tak nape dia jadi camni..Ni sebabnya tak cukup gebu ah masa pukul telur ngan gula tu.. So, korang kalau nak buat, sila ye pukullah sampai betul-betul gebu..Kalau tak dia memang takkan jadi apam hokay..hehhe..

So bermulalah episode tak puas hati sebab tak berjaya kan.. Sedih sgt.. Kebetulan ada saudara jauh dari K.L lak nak dtg.. Dahlah papa dah gebang kata I ngah wat apam ni untuk diorang makan.. CEhhh bila tak jadi apa lagi, sgtlah sedih n frustrated.. Tambah frust bila org dtg umah tanya mana kuihnya yg I masak..haha..pengalaman betul.

Starting from that moment I decided to try again sebab I yakin kegagalan hari tu adalah disebabkan adunan dipukul tak cukup gebu.. So apa lagi bersama Kasra Alia, I pun sedaya upayalah buat my second apam dan nilah hasilnya:



I used 3 colours on that day..(green apple, light pink and orange) satu lagi colour ialah colour original adunan iaitu light cream. Semua light colours je sebab takut dia bright and colourful sgt ngan pewarna kank org takut plak nak makan. Plus takut rasa pewarna tuh pahit.



Ni rupa dekat my floral apam belang sebelum dikukus. Cantik tak? ;) Masa lepas siap buat layering ni senyum sampai telinga tau.. Rasa puas sangat.. Sebab rasa nikmat tau dapat buat artwork..Hahaha..Mesti korang nak tau kan camne I buat bentuk bunga tuh.. Senang je.. What you need is a skewer. Kalau takde skewer, u guys gunalah apa2 cam toothpick ke..make sure guna skewer ah sebab lao toothpick tuh takut tenggelam pulak lau adunan tuh dalam..hehe..
Ok bila dah ada skewer tuh dari tepi kat tengah2, korang tarik je.. Ala2 potongkanlah tegak tengah-tengah..then melintang tengah2..lepas tu teruskan potong ( buat lapan potongan) then dapatlah bentuk seperti kat atas ;)




My apam yg dah siap dikukus. Nampaknya Colour dia tak cukup mengancam ah.. In the future kena buat bagi colour dia bright sket ;) baru Nampak interesting.



Ok tu jelah cite die.. Panjang kan cite dia.. Haha yg nak tau resepi tuh mesti tension je sebab kena dengar cite ni dulu sebelum dapat resepi kan..haha takpelah sharing is caring right?? Okaylah taknak cakap banyak so just nak kongsikan resepi apam ni kat bawah ye. Selamat mencuba ye semua..
Jangan lupa cuba tau sebab rugi tau kalau tak cuba..sedap sgt apam ni dan sgt gebu ;) Kalau rasa malas, pegi jelah beli kat kedai..hahaha tapi tak dapatlah yg segebu n sesedap resepi apam ni ;p




APAM BELANG
Original recipe by: Shamama
Source : Ucu Faridah
Credit to : Kak Azlita Masam Manis for the inspiration ;)

Bahan-bahanya:
4 biji telur
2 sudu teh ovellet
1 sudu teh esen vanila
300 gm tepung gandum
220 gm gula halus (manis apam ni sedang-sedang lemak je tau tapi kalau nak manis sket bleh tambahkan lagi gula10-20 gm
250 ml santan kara (shamam guna 200ml santan kotak + lagi 50ml air)
1 sudu teh baking powder
Pewarna (Ikut suka nak buat colour apa ye)

Cara-caranya:
1) Pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu.
(Gebu tu ialah apabila adunan bertukar menjadi putih dan nampak cam isipadu dah meningkat sket)
2) Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
3) Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder dan kacau rata.
Bahagi kepada 3/4 warna yg disukai dan kacau rata adunan dgn warna.

Cara-cara nak membelangkan apam.
Lepas dah asingkan adunan kepada beberapa warna (make sure sama banyaklah so that dapat adunan belangan yg sekata ye), bolehlah:
1) Tuangkan selapis demi selapis ikut warna yg diminati.
2) Satu tuangan bersamaan dengan 3scoops of tablespoon.
3) Pastu dah habis 3scoops tuh, bolehlah letakkan another 3 scoops of different colour.
4) Teruskan menindan sampai habis. Masa duk sibuk melapis tuh, bolehlah pegi panaskan periuk kukus ea.
5) Bila dah siap semua, bolehlah kukus 30 minit sehingga masak.

4 comments:

n.h.r.h said...

wah best...akan ku cuba weekend ini :D.. thank u didi...xoxo!

n.h.r.h said...

wah best2.. nnt pjat nak wat weekend ni... thank u didi! xoxo!!

Euphoria Hana said...

hehe..jangan lupa amik gambar tau sebab nak tengok apam pjat..meh kasi testimoni jadi camne kat sini nanti tau ;)

Anonymous said...

Terasa lapa plak tgk apam belang org tuh buat.

love,
dL